Saturday, December 18, 2010

Semua putar belit

Bodoh punya kerajaan terutama TPM..hari-hari bagi jawapan memalukan kerajaan, cuba la belajar bagi fakta, ni duk habaq semua dari pakatan putar belit, rakyat tahu apa agenda pembangkang.. masalahnya apedia?? bagi la fakta!! tobi nasihatkan letak la jawatan tu, ilmu takda nak mentadbir jugak, rakyat boleh nampak kebangangan alasan yang di beri..


PAGOH 18 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin pembangkang berhenti memutar belit isu penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat apabila menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) telah merancang tindakan itu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, dakwaan kononnya kerajaan BN mahu memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dengan penggantungan Anwar dan tiga lagi wakil rakyat pembangkang itu sama sekali tidak benar.

"Sebenarnya kita tahu mereka sengaja nak memutarbelitkan isu. Mereka kata kita sengaja buat begitu sebab nak menguasai dua pertiga di Dewan Rakyat, ia langsung tidak betul.

"Jangan nak putar belit isu seolah-olah rakyat tidak tahu, dengan empat orang (Ahli Parlimen pembangkang) digantung selama enam bulan tidak bermakna kerusi kita di Dewan Rakyat akan bertambah, sebaliknya kekal dengan 137 kerusi," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Gempur Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) di Dewan Seri Pekembar di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, berharap rakyat tidak tertipu dengan putar belit pemimpin pembangkang yang kononnya mereka teraniaya, tiada kebebasan di Dewan Rakyat, tiada suara rakyat dan hak dinafikan.

Mengulas kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat ketika usul menggantung Anwar itu diputuskan, Muhyiddin berkata, pihak pembangkang mungkin sengaja merancang tindakan tersebut kerana mereka tahu tidak dapat mempertahankan pendirian khususnya Anwar mengenai isu APCO Worldwide (APCO).

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, usul yang dibawa di Dewan Rakyat adalah mengikut peraturan mesyuarat.

Tegasnya, pihak pembangkang tahu bahawa mereka tidak dapat mempertahankan isu tersebut kerana pihak kerajaan mempunyai asas yang kukuh sehingga menyebabkan mereka membuat kekecohan.

Menurutnya, pemimpin Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang dan Selangor juga pernah digantung daripada menghadiri persidangan, namun pemimpin dan penyokong BN tidak pernah membuat kekecohan seperti yang dilakukan pemimpin pembangkang di Dewan Rakyat.

Beliau yakin kes penggantungan beberapa ahli Parlimen pembangkang itu akan digunakan sebagai bahan kempen mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan.

"Anwar juga akan menggunakan tempoh penggantungan enam bulan yang dikenakan ke atasnya untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memutarbelitkan tindakan terhadapnya.

"Kita tahu parti komponen pakatan pembangkang berdepan kemelut politik yang carca-marba dan dalam keadaan parti mereka bersimpang siur dan tunggang langgang. Dari segi hubungan antara parti komponen, rakyat sudah tahu tipu helah mereka dan mereka hendak mencari bahan untuk kempen," katanya.

Menurut Muhyiddin, pemimpin pembangkang juga akan menjelajah ke seluruh negara kononnya sistem demokrasi di negara ini sudah 'mati' dan BN ingin menguasai majoriti serta menghalang mereka di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyifatkan tindakan beberapa wakil rakyat pembangkang menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat bukan sahaja memalukan, malah merupakan detik hitam dalam sejarah Parlimen negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan pemimpin pembangkang yang langsung tidak menghormati protokol dan konvensional Dewan Rakyat yang seharusnya menjadi puncak sistem demokrasi negara, amat dikesali.

"Bagi saya ia satu tindakan yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga 'unparlimentary'.

"Perkara itu memalukan sekali dengan tindakan biadab dan perkataan kasar kepada Speaker dan ada juga kenyataan kononnya mereka nak heret Speaker ke mahkamah,'' ujarnya.

Tindakan itu katanya, menunjukkan seolah-olah hanya mereka yang tahu dalam soal seperti itu.


Sebenarnya nk tergelak gak statement yang di highlight kan di atas.. tak tahu la dia blaja matematik kat mana, nk dapat majoriti 2/3 tak smestinya kena tambah kerusi,jika kurangkan jumlah kerusi pembangkang pun majoriti tu akan tercapai.. tobi tak tahu la beliau nak 'kencing' kat sape..huhu..terbaik la TPM kita.. transformasi baru!!


Dipetik dari surat khabar umno bertarikh 19/12/2010

Saturday, December 4, 2010

Sah UMNO kerajaan yahudi

Sila baca kenyataan Dr Asri

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.

pkr congress 281110 wan azizahIsu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.


Dipetik : http://www.malaysiakini.com/

Jadi.. Tobi tak nak mengulas panjang.. Anda pun boleh fikir sama seperti Tobi..